Nenek Umur 99 Risau Jual Ayam Percik RM6 Terlalu Mahal

Biarpun usia sudah mencecah satu abad, kecekalan seorang warga emas yang gigih mencari rezeki dengan berniaga di bulan Ramadan harus diberikan pujian.

Nenek Umur 99 Tahun Gigih Berniaga Di Bulan Puasa, Risau Jual Ayam Percik RM6 Terlalu Mahal

Menerusi perkongsian oleh Fatira Ramli di Facebook, dia menemui warga emas berkenaan yang sedang menjual ayam percik di tepi jalan. Melihat kepada keadaan warga emas itu, dia merasa tersentuh apatah lagi apabila mengetahui umur wanita itu sudah mencecah 99 tahun.

Kata Fatira, warga emas itu yang berniaga setahun sekali sewaktu Ramadan, membuka gerainya di Kg Kubang Palas, Pasir Pekan, Kelantan.

Insiden petang rabu.

Kebetulan sis lalu jalan ni hari ni sebab nak hantar barang dekat rumah kakak. Tengok makcik ni duduk je kat gerai dia. Hajat dihati nak singgah lepas hantar barang.
Sampai kat gerai, tengok ayam dia macam sedap, rupa tu macam ayam percik ma buat doh. Makcik kata harini boleh jual seketul RM6, semalam terpaksa jual RM7 sebab ayam mahal. Sis pun jawab la, muroh doh tu mokcik. Standard doh.

”Mokcik ni ketar tangan, takut ko ore ‘bandare’ (penguatkuasa) sakni tu mari check kedai mokcik tak dok lesen. Mokcik jual setahun sekali jah, cari pitih wak make. Umur pun 99 tahun doh. Tahun depe tak tahu la dea ko dok nok jual pulok…”

Dah settle beli, belum sempat masuk kereta makcik tu panggil, lupa dia cakap, mokcik ada jual ‘ike ttuko’ ni.. mek nok ko? Mokcik jual RM8 sekor.. mahal ko eh mokcik jual ni mek?… sis pun jawab la, oloh mokcik, kiro jah la takpo eh saya bayar berapo pun (dalam hati dah sayu sangat masa ni).

Last but not least oyak ko mokcik tu mari la kito amik gambar mokcik, wak masuk di fb, nok tawar ko saing-saing. Jom kita pakat tolong mokcik ni. Umur jejak 1 abad doh masih gagah lagi nego cari pitih. Moga murah sentiasa rezeki makcik.
Harga tadi :

Ayam seketul RM6

Ikan dua ekor RM5

Perut ayam RM3

Ike ttuko RM8 seekor

Lokasi : dekat pencawang celcom (kot), Kg Kubang Palas, Pasir Pekan.

Sumber: FB Fatira Ramli