“Niat Berkongsi Rezeki”, Seorang Lelaki Ajak Rider Grabfood Berbuka Puasa Bersama Bikin Netizen Sebak

Bulan Ramadan ini ramai berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan, tidak kiralah khatam Al-Quran, bersedekah, menunaikan solat tarawih dan sebagainya.

Ini termasuklah salah seorang pengguna di laman TikTok apabila berkongsi pengalaman yang dikatakan tidak pernah dilakukan olehnya sepanjang bulan Ramadan sehingga mengundang sebak di kalangan netizen.

Paksa abang Grab berbuka puasa sekali
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhd Fareast, dia sengaja membuat pesanan makanan melalui aplikasi GrabFood meskipun tahu azan Maghrib bakal berkumandang.

Jelasnya, tujuan asal berbuat sedemikian adalah untuk mengajak rider penghantar makanan GrabFood itu untuk berbuka sekali di rumahnya.

Rider malu berbuka puasa sekali
Apa yang menarik perhatian netizen, reaksi rider tersebut pada mulanya enggan untuk menerima pelawaan baik pelanggannya, namun akhirnya bersetuju setelah mendengar azan berkumandang.

Beri sejumlah wang kepada rider GrabFood
Sebaik sahaja mereka berborak ketika waktu iftar, lelaki itu memberikan sejumlah wang kepada rider yang dikenali Mohd Haziq Mansor.

“Pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan sebagai rider berkenaan kerana bersusah payah menjalankan tanggungjawab dan amanah demi pelanggannya.

Suasana bertambah sayu apabila rider itu terus memeluk tuan rumah sambil menitiskan air mata kesyukuran.

Tahniah bro!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan sebak apabila melihat tindakan murni yang dikongsikan oleh lelaki tersebut dengan menggembirakan orang lain, selain tidak lokek berkongsi rezeki di bulan Ramadan ini.

GrabFood Malaysia balas jasa baik
Ekoran daripada penularan video yang dikongsikan oleh Muhd Fareast di akaun TikTok miliknya, pihak GrabFood Malaysia dengan berbesar hati membalas jasa baik dengan memberi Krispy Kreme Doughnuts.

Semoga saudara Fareast dimurahkan rezeki selalu.

Sumber:Ohmm

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini