Orang Yang Ada Sifat Ini Diharamkan Syurga Keatasnya Walau Setinggi Gunung Sekalipun Amalannya

Orang Yang Ada Sifat Ini Diharamkan Syurga Keatasnya Walau Setinggi Gunung Sekalipun Amalannya | Peny4 kit yang ditimpakan keatas manusia merupakan ujian dan cubaan daripadaNya untuk melihat sejauh mana kesabaran hamba-hambaNya dalam mengharungi ujian dan cabaran tersebut. Setiap peny4 kit, Allah telah janjikan penawarnya asalkan manusia berusaha untuk mencarinya.

Tanpa kita sedar, ada sejenis peny4 kit yang telah lama menjangkiti diri manusia sejak zaman nabi Adam lagi. Peny4 kit ini adalah peny4 kit hati yang berupa dendam. Peny4 kit ini yang kadang kala dirasakan manusia tanpa disedarinya. Simptom atau gejalanya adalah yang berupa perasaan tidak puas hati atau tidak senang di atas kejayaan atau pencapaian orang lain.

Dalam Sebuah Hadith, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

“Kelak akan menimpa umatku peny4 kit umat umat terdahulu, yaitu peny4 kit sombong, kufur nikmat, dan lupa daratan dalam memperoleh kenikmatan. Mereka berlomba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan, dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan kezaliman (melampaui batas),” (HR. Al-Hakim).

Jelas sekali hadith Nabi di atas yang menerangkan tentang peny4 kit hati yang bisa menyebabkan tertutupnya pintu syurga bagi seseorang, salah satunya adalah rasa dendam dihati.

Perbezaan dalam tingkat strata dan sosial masyarakat sekarang ini turut menimbulkan gesekan dan pertikaian. Pertikaian yang bukan hanya terjadi secara fizikal namun turut disokong dengan perasaan dendam yang berpanjangan.

Persaingan dalam memperoleh keuntungan dalam dunia bisnespun, sering kali menimbulkan pertikaian dan dendam yang berpanjangan. Perasaan tidak senang dan s4 kit hati terhadap orang lain yang lebih berjaya adalah faktor utama munculnya peny4 kit hati berupa dendam ini. Akhirnya manusia yang memiliki peny4 kit hati ini sentiasa berfikir untuk melampiaskan dendamnya dengan apa cara pun, termasuklah perbuatan syirik seperti menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.

Rasa dend4m inilah yang menyebabkan pintu syurga akan ditutup untuk dirinya kerana dengan sebabnya itu bisa memutuskan tali silaturahmi dan tali persaudaraan.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

“Pintu-pintu surga itu dibuka pada hari Senin dan Kamis, lalu diampunkanlah bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, kecuali seseorang yang antara dirinya dan saudaranya itu ada rasa dendam, lalu dikatakanlah, ‘Nantikanlah dulu kedua orang ini sehingga keduanya berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini sehingga keduanya berdamai kembali’,”(HR. Muslim).

Dari hadith Nabi tersebut jelas sekali akibat yang ditimbulkan jika seseorang masih memiliki rasa dendam didalam hati.

Allah Ta’ala berfirman, bahawa syurga adalah tempat dimana tidak ada dendam didalamnya.

“Dan Kami mencabut rasa dendam dari dalam dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (surga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran.’ Diserukan kepada mereka, ‘Itulah surga yang telah diwariskan kepadamu karena apa yang telah kamu kerjakan’,” (QS. al-A’raf 43).

“Sesungguhnya orang yang bertakwa itu berada dalam surga-surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air (yang mengalir). (Allah berfirman), ‘Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman.’ Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka: mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan,” (QS. al-Hijr 45-47)

Oleh yang demikian, jangan sesekali ada perasaan sombong walau sekecil zarah kerana ia membuatkan kita tidak dapat masuk ke syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.