Baru Masuk IsIam, Laki-laki Ini Letak Nota Atas Sejadah Sebagai Panduan Belajar Solat

Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja dapat memberikan petunjuk dan arahan kepada hamba-hambanya melalui berbagai cara. Ianya juga harus dicari dan bukan hanya menunggu.

Oleh itu kita perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya memperbanyakkan kesyukuran kerana kita dipilih oleh Allah SWT daripada berbil1on manusia di atas muka bumi ini, dilahirkan sebagai Muslim.

Bukan sekadar itu, malah kita juga harus benar-benar memahami hakikat agama Islam daripada semua segi konsepnya, rukunnya, dan syariatnya.

Setelah memahami hakikat agama Islam, kita harus pula menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri.

Justeru sebagai manusia, kita perlu sentiasa menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Isaam.

Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.

Seperti yang terlihat baru-baru ini, sebuah postingan di halaman Twitter menunjukkan seorang pemuda asal Amerika Syarikat sedang belajar solat di masjid.

Dua foto pemuda yang diunggah seorang pengguna Twitter bernama Abdel Rahman kini menular dan menjadi perbincangan warganet.

Mana tidaknya, melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.

“Lelaki Amerika ini mungkin sahaja baru memeIuk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan s0lat di satu sudut maasjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah, semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.

Posting berkenaan menerima 66,900 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 22,800 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.

Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemvda tersebut.

Warg4net juga berpendapat kita juga perlu contohi keikhlasan beliau dalam mendalami ilmu agama.

Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari selok-belok agama Islam dan juga dikelilingi rakan serta sahabat yang mampu berkongsi dan membawa beliau kepada jalan kebenaran.

-Twitter Abdel Rahman via SoyaLemon