Panduan Membaca Doa Iftitah Dalam Solat Seharian Dengan Betul Dan Tepat

Artikel kali ini akan memberi panduan mengenai bacaan doa iftitah yang betul dan dipermudahkan dengan ejaan Rumi.

Hukum berkaitan juga turut dinyatakan.

Semoga membantu mereka yang masih baru belajar solat dan hendak membaiki prestasi solat dengan sempurna insyallah.

Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak2 lagi, kita tak mau semak dah bacaan kita. Betul atau tak.

Ada 4 kesalahan yang kerap berlaku.

(Rujuk Doa dalam gambar)

1. Huruf ر pada kalimah اكبر mestilah dibaca dengan baris hadapan ( ‘Allahu Akbaru Kabiroo’.) ✔️
Jangan dimatikan huruf ر tersebut ( Allahu Akbar Kabiroo )✖️

2. Rata2 ada yang Tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( مُسْلِمًا ) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan ( وَ مَا ). Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan.Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa ) .

3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya.
Kalimah مَحْيَايَ. Sebutan yang betul – Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut – Maa yaa yaa ( مَا يَا يَا ).

4. Ini juga antara paling kerap berlaku. Kalimah ini bertukar tempat.

Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin,tetapi membaca Muslimin.Begitulah sebaliknya.

Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya.

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Dan aku bukan dari kalangan orang Musyrikin (Orang yang mensyirikkan Allah)

Jika diubah

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Makna ayat akan berubah

“Dan aku bukan dari kalangan orang Islam”

Wa Allahu ‘Alam.

Kredit : Norazam Bin Mohd Nordin

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi

Cara Betul Membaca Doa Iftitah Dalam Solat

Baru tahu, selama ni bacaan doa iftitah yang kita baca itu salah. Bacaan sebenar boleh dipelajari menerusi video ini.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat