Perasaan Teruja Yang Di Luahkan Oleh Pelajar Malaysia Di Scotland, Apabila Bertemu Dengan Kereta Myvi Di Sana..”Seronok, Hilang Rindu”

Malah, memang kereta ini juga boleh dianggap juga sebagai satu simbolik kereta paling terkenal di Malaysia, harga mampu milik yang mempunyai sisi luas.

Kereta Myvi memang dah sinonim dengan ‘kerenahnya’ di atas jalan raya ni, sampai orang rami menggelarkan model kereta ini sebagai King of Road.

Rindu kereta dekat Malaysia

Ia dikongsikan oleh individu yang dikhabarkan ibu kepada pelajar tersebut, Mahziah Ramly. Gambar yang menunjukkan anaknya bersama rakannya dengan Myvi hijau keluaran tahun 2005 itu, dikongsikan di saru group MYVI CLUB MALAYSIA.

Baru-baru ini, kereta Myvi sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ada pelajar sini terjumpa kereta tersebut di Scotland.

Anak saya yang study di Edinburgh hantar gambar ni. Seronok katanya hilang rindu pada kereta myvinya yang warna biru kat Malaysia bila lihat ada myvi ni di Scotland.”

Menurut Mahziah, gambar itu diambil kerana anaknya juga memiliki kereta jenis yang sama di Malaysia dan akui rasa rindu.

Sudah semestinya ia menjadi tumpuan netizen apabila melihat Myvi ada di luar negara. Malah, ada juga netizen yang komen mereka mempunyai pengalaman lebih kurang sama apabila ternampak kereta Proton di Australia.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Agak-agak kat Scotland dia King tak?

Sumber:iMuslimNetwork

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini