Puas Cari Kucing Kesayangan Sekeliling Rumah, Rupanya Dah Ditelan Ular Sawa

Puas Cari Kucing Kesayangan Sekeliling Rumah, Rupanya Dah Ditelan Ular Sawa | Kucing dengan manusia sudah lama dijadikan sahabat karib. Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang merasa takut nak mendekati haiwan comel ini, tapi bagi pencintanya pulak, hubungan dengan kucing, lebih-lebih lagi kucing peliharaan sendiri mungkin lebih akrab berbanding hubungannya dengan manusia lain.

Lumrah kehidupan, setiap yang bernyawa pasti m4ti, tidak terkecuali bagi si meow. Namun, nak berdepan demgan hakikat kem4tian kucing kesayangan, adalah sesuatu yang sangat-sangat memeritkan, apatah lagi ‘kesayangan’ kita itu pergi dalam keadaan yang memilukan.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak dari Thailand ini apabila kehilangan kucingnya akibat ditelan ular sawa yang menceroboh rumahnya.

Perkara berkenaan dikongsikan di laman facebook milik ibunya sebelum dilaporkan oleh portal Mothership.

Menurut laporan Mothersip, kanak-kanak itu sebelum itu mencari keberadaan kucing kesayangannya, Hurjun, di seluruh kawasan rumah, namun tidak bertemu.

Sebaliknya, kanak-kanak tersebut dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa besar dalam rumah mereka. Mungkin disebabkan rasa takut yang amat sangat, kanak-kanak berkenaan menjerit meminta pertolongan dan hal itu disedari oleh ibunya.

Mereka kemudiannya menyedari kehilangan Hurjun mungkin ada kaitan dengan penemuan ular sawa tersebut.

Tulis ibunya lagi, dia hanya mampu memeluk dan cuba menenangkan anaknya yang kesedihan apabila mengetahui Hurjun sudahpun menjadi hidangan ular sawa tersebut. Pihak berkuasa kemudian dipanggil untuk menangkap ular berkenaan.

Lebih menyedihkan, baju kostum yang dibeli untuk digayakan oleh Hurjun tiba dirumah mereka tidak lama selepas insiden memilukan berkenaan berlaku.

Kisah ini kini telah mendapat 54,000 shares di Facebook dan dilaporkan oleh pelbagai portal media.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Sumber:Mothership