Kisah Peng4laman Pem4ndu Van Jenaz4h “R4hsia Jenaz4h lbu Berb4u H4rum Sperti Yng Dicerit4kan 0leh An4knya”

Anak dedahkan rahsia may4t ibu berbau harum
Kejadian yang akan saya ceritakan kepada anda sebentar lagi berlaku pada suatu petang, beberapa tahun lalu. Tapi saya minta maaf, berlaku di h0spital mana, biarlah saya rahsiakan. Yang penting, pengajaran yang boleh kita ambil darinya.

Untuk makluman pembaca, saya sebenarnya pemandu van jen4zah untuk sebuah agensi kerajaan. Selain menjadi pemandu van jen4zah, ada kalanya waris si m4ti akan meminta saya memandikan jen4zah dan uruskan hingga siap. Malah kerap juga jen4zah itu saya uruskan dari awal sehingga dikebvmikan.

Berbalik kepada cerita tadi, petang itu saya telah didatangi seorang gadis berusia pertengahan 20an. Gadis tersebut bersuara minta saya carikan seorang pengurus jen4zah wanita.

“Encik, ada kenal pengurus jen4zah perempuan?” soalnya pada saya. Dia berjumpa saya setelah disarankan oleh pihak h0spital.

“Ada. Nak saya panggil, ke?’ soal saya pula.

Wanita tadi mengangguk sambil memberitahu yang ibunya baru sahaja meningg4l duni4 di h0spital berkenaan. Apa pula punca kem4tian ibunya, tak pula saya tanya. Tanpa berlengah, saya hubungi Hajah Zaiton, pengurus jen4zah wanita yang juga rakan saya di h0spital itu.

“Encik ni bawa van jen4zah juga, kan? Kalau macam tu, lepas jen4zah siap, nak minta encik hantar jen4zah balik kampung pula,” pintanya lagi dengan suara s3dih. Saya setuju.

Semasa menunggu Hajah Zaiton tiba, seperti kelaziman saya pergi melawat jen4zah yang akan diuruskan. Kelihatan anak-anak arwah sudah ramai berkumpul mengelilingi jen4zah sambil membaca surah Yasin serta ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebaik menghampiri jen4zah, saya renung muka arwah yang tidak ditutup itu. Wajahnya sungguh bersih dan tenang. Macam sedang tidur.

Sedang leka memerhati, tiba-tiba saya terhidu sesuatu. Bau wangi semerbak menyerbu hidung saya. Saya memerhatikan anak-anak arwah, sambil berkata di dalam hati, mungkin bau harum itu datangnya dari minyak wangi yang mereka pakai.

Bau itu sangat harum. Saya mencari-cari punca bau tersebut dan mendapati ia datangnya dari jenaz4h wanita berkenaan.
Saya hampiri anak-anak arwah. Tetapi ternyata saya silap. Bila saya amati arah bau wangi itu, rupa-rupanya ia datang dari jen4zah tersebut.

“Wanginya. Minyak wangi apa dia pakai ni?” bisik hati saya meneka. Tapi persoalan itu saya biarkan saja dan tak bertanya pada anak arwah yang ada di situ.

Dipendekkan cerita, tidak lama kemudian Hajah Zaiton tiba untuk menguruskan jen4zah ibu kepada gadis tadi. Segala urusan itu saya serahkan padanya dan saya balik ke pejabat sebentar untuk selesaikan urusan yang tertangguh.

LEBIH KURANG DUA JAM kemudian, Haja Zaiton menghubungi saya memaklumkan yang jen4zah tadi sudah siap dikapankan. Kini tiba giliran saya untuk mengambil dan menghantar jen4zah tersebut pulang ke kampung halamannya untuk dikebvmikan.

Tanpa berlengah saya bergegas ke h0spital terbabit. “Marilah kita bawa masuk dalam van,” ajak saya pada anak-anak arwah supaya mengangkat jen4zah ibu mereka ke atas troli.

Semasa menghampiri jen4zah untuk mengangkatnya, sekali lagi hidung saya terhidu wangian yang sama.

“Eh, dah mandikan pun bau wangi tadi tak hilang lagi? Ke, Hajah Zaiton ada calit minyak wangi kat kain kapan pula?” bisik hati saya.

Bau harum itu bertambah kuat apabila saya dan anak-anak arwah mahu mengangkat jen4zah tersebut. Ketika itu baru saya perasan, bau wangi itu berlainan dari bau yang pernah saya cium.

tetap harum.
Sukar hendak saya jelaskan. Apa yang boleh saya kata, baunya begitu lembut dan membuatkan kita berasa segar bila menghidunya. Rasanya seumur hidup belum pernah lagi saya hidu bau sewangi itu.

Selepas jenaz4h dibawa masuk ke dalam van dan sebelum memulakan perjalanan, saya bergegas jumpa rakan saya yang uruskan jen4zah tadi.

“Hajah, minyak wangi apa yang hajah letak kat jen4zah tadi? Wangi sungguh,” tanya saya ingin dapatkan kepastian.

Memang saya tahu, selepas mayat dikapankan, kebiasaannya pengurus jen4zah akan tulis kalimah Allah dan Muhammad di dahi jen4zah menggunakan minyak wangi. Ada kalanya mereka renjiskan air mawar atau sapu minyak wangi pada kain kapan.

Tapi kali ni saya bertanya sebab bau wangi itu berlainan sangat. Terlampau wangi. Tak pernah saya hidu bau seharum itu.

“Eh, saya tak letak apa-apa,” balas Hajah Zaiton.

“Tapi bau wangi tu,” soal saya tak puas hati.

“Memang wangi pun. Dari mula nak mandi dah wangi,” jawab rakan saya itu.

Jawapannya itu membuatkan saya tertanya-tanya lagi. Akibat tak berpuas hati saya terus menyoalnya.

“Masa urus tadi, ada apa-apa yang pelik ke?” soal saya.

“Jen4zah tu memang wangi, bukan sebab minyak atau apa-apa. Sebelum mandi dah wangi, saya dah sabun pun wangi tak hilang. Saya rasa memang itu bahagian baik untuk arwah. Masa saya uruskan tadi pun senang saja. Rasa mudah,” jawab Hajah Zaiton panjang lebar.

Mendengar penjelasan rakan saya itu membuatkan saya rasa lebih tertarik untuk mengetahui siapa arwah sebenarnya. Saya yakin apa yang terjadi ini mesti ada kaitan dengan cara hidup, amalan atau latar belakangnya.

KETIKA WARIS-WARIS lain masih sibuk menyelesaikan beberapa urusan, saya berjumpa dengan anak perempuan arwah.

“Ada letak minyak apa-apa pada mak?” soal saya memulakan perbualan.

“Letak minyak? Tak ada” jawabnya ringkas, menafikan dia dan adik-beradik lain ada meletak haruman pada jen4zah ibu mereka.

“Ke, mak awak ada pakai minyak wangi sebelum meningg4l?’ soal saya lanjut.

“Tak ada jugak. Tak pakai apa pun,” balas anak arwah.

“Tapi jasad mak awak wangi, kan?” tanya saya lagi.

Mendengar soalan saya itu, anak arwah mengangguk dan tersenyum sebelum menyambung, “mungkin sebab amalan mak masa hidup,” katanya.

Disebabkan tertarik untuk tahu, tanpa segan silu saya minta gadis tadi cerita amalan ibunya ketika hidup. Kata anak arwah, semasa hayat, ibunya orang biasa sahaja. Tapi dalam soal ibadah solat, ibunya memang beratkan. Apa yang dia tahu ibunya tak pernah tinggal solat lima waktu.

Selain itu, satu perkara yang menarik ialah rutin atau amalan ibunya selepas solat. Tak kiralah bersembahyang di mana sekalipun, amalan ini ibunya tak akan tinggalkan.

“Lepas sembahyang, ibu pasti akan baca Al-Quran. Tak banyak pun, satu atau dua muka surat saja. Ibu akan buat perkara tu setiap hari dalam solat lima waktu. Sejak saya kecil lagi, saya perhatikan itulah yang selalu ibu buat. Ibu tak pernah lupa baca al-Quran,” cerita anak gadis arwah.

Setiap kali lepas solat Allahyarham pasti akan membaca al-Quran. Paling tidak pun, satu halaman.
Mendengar ceritanya itu saya mengangguk. Rupa-rupanya itulah amalan ibunya ketika hidup. Walaupun nampak biasa saja amalannya, tapi lihatlah Allah bagaimana memuliakan arwah. Begitulah kasihnya Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya yang berbuat amal kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:” Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Kitab al-Quran dan Allah merendahkan kaum yang lainnya (yang tidak mahu membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran).” – (Riwayat Bukhari)

Mengenai keadaan jen4zah yang harum, Rasulullah SAW pernah bersabda, nyawa orang Mukmin keluar daripada jas4dnya seperti `minyak kasturi yang paling wangi’ manakala nyawa orang k4fir berbau lebih bus0k daripada b4ngkai.

Pencerita: Haji Ikhwanuddin Mohd. Bari Via Utusan

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini