Rasa Bahagia Dapat Tunaikan Hasrat Arw4h Siti Sarah, Shuib Bina Rumah Untuk Mangs4 Kebakaran Di Kelantan

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu akui gembira selepas berjaya merialisasikan hajat isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahy4rham Siti Sarah Raissudin untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran yang berlaku di Bachok, Kelantan pada Febuari tahun lalu.

Menurut Shuib, sewaktu musibah tersebut baru berlaku, arw4h isterinya merupakan individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh ini.

“13 Februari 2021 #ThrowBack. Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu dua keluarga ni untuk ada rumah baru.

“Alhamdulillah harini Daddy dan team bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram .

Menerusi entri yang sama, Shuib turut berkongsi klip-klip video lama sewaktu dia dan Allahy4rham Siti Sarah menziarahi tapak perumahan yang h4ngus dijil4t 4pi itu.

Dikesempatan itu juga, Shuib turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah berkerjasama bagi memastikan projek tersebut dapat direalisasikan.

“Terima kasih top management bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untukk melihat dua rumah ni di bangunkan.

“Ibu, Alhamdulillah, dah siap rumahnya sayang sitisarahraissuddin,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Shuib akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Murah rezeki awak dunia akhir4t.

“Sentiasa mengalir pahala arw4h.

“Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.

“Ya Allah, Shuib. Sungguh mulia hati arw4h. Semoga arw4h berbahagia di syurga.

“Ya, Allah, pahala jariah tak putus-putus buat Sarah. Bahagianya, mewah arw4h disana,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanga tinggal sehelai sepinggang.

Untuk rekod, Siti Sarah telah pun menghembuskan nafasnya yang terkandas pada tanggal 9 Ogos tahun lalu akibat Cov1d-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.

Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 2011 dan telah terlebih dahulu dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sumber:SantaiViral

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini