Rider Makanan Yang ‘Viral’ Membaca Al-Quran Ketika Tunggu Oder,Berjaya Di Jumpai

Runner atau penghantar makanan yang viral baca Quran sambil tunggu ‘order’ masuk baru-baru ini akhirnya ditemui pemilik restoran.
Pemuda yang tular baru-baru ini dipercayai seorang penghantar makanan telah berjaya ditemukan oleh pemilik akaun Facebook Ismail Sabran Ancok yang memuat naik hantaran berkenaan.

Beliau sebelum ini tular kerana dilihat duduk di tepi laut sambil memegang dan membaca Al-Quran sementara menunggu pesanan masuk, seperti apa yang ditulis Ismail di Facebook miliknya.

Bagaimanapun menerusi perkongsian baru di Facebook Ismail, beliau kini akhirnya berjaya menemui pemuda tersebut untuk melunaskan janjinya iaitu berikan makanan berbuka puasa selama sebulan kepadanya.

Ikuti kisah dan perkongsian beliau mengenai pemuda ini yang telah kami sertakan di bawah, semoga ia menjadi asbab kita semua membuat baik di masa akan datang.

Pemuda Baca Al-Quran Tepi ‘Highway’ Berjaya Ditemukan
Alhamdulilah sudah berjumpa saudara Mohd Rahmat Mohd Amin runner yang sudah saya janjikan kepada beliau untuk hadiahkan belanja makan percuma di gerai untuk berbuka selama sebulan disebabkan ternampak anak muda ini mengaji di petang hari di highway.

Ada yang komen baik ada yang komen negatif dan ada juga sangka ini semua hanyalah konten. Walhal saya tidak pernah berjumpa beliau.

Saya post di Facebook, disebabkan saya tidak dapat singgah dan mencuri gambar dalam masa saya hendak pulang ke rumah kebetulan ketika itu saya berada diseberang jalan.

Tidak semua kita boleh paksa untuk orang suka tentang perkara ini dan saya sudah berniat untuk berbagi rezeki dibulan yang mulia ini. Tidak miskin seseorang hambanya kalau selalu berbagi rezeki.

Budak nya baik dan peramah, kami bercerita semalam tentang amalan-amalan yang baik di buat sepanjang ramadan untuk kejar pahala bersama.

Kalau kamu perlukan perkhdimatan runner boleh saja hubungi dia ya. InsyaAllah kita support usaha pemuda ini untuk mencari nafkah.

Terima kasih yang sentiasa mendoakan dia dan yang mahu bekenalan boleh Tapi untuk menerima rusukmu mungkin tidak boleh sebab dia sudah berkahwin.

“Beramal mengejar pahala dan saling berbagi rezeki itu juga satu pahala.”

Sumber:SiakapKeli

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini