‘Rum4h Mak4n Percuma’..”Wanita K0ngsi Bersedekah Tak Kira Pada Siapapun..Kenang Akan Nasib Keluarg4 Ketika Dulu

BERBAKTI kepada masyarkat terutama golongan tidak mampu sudah menjadi amalan murni yang menjadi rebutan ramai.

Tidak terkecuali pasangan ini yang sanggup membuka kedai yang dinamakan ‘Rumah Makan Percuma’ untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan status.

Menurut wanita ini, Mazlina Makaruddin, 55, berkata dia merancang melakukan kerja amal itu bersama suami, sejak sekian lama, namun tertangguh ak1bat sibuk dengan urusan perniagaan.

Katanya, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, selain mendapat ilham mengenainya setelah mengerjakan umrah.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya berniat nak buat rumah ni sudah lama, sebab setiap kali pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma. Di Masjid Nabawi saya tengok mereka bersungguh-sungguh sediakan makanan seolah-olah buka katering di sana.

“Saya buka ni pun bukan untuk golongan tak mampu saja, kami nak raikan semua orang. Saya faham bila ada yang malu nak datang sebab tak nak orang tahu dia susah. Jadi saya buka untuk semua orang datang makan tak kira status.

“Tambah pula apabila C0vldl9 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini. Maka beroperasi la rumah ini pada 6 Disember 2020.

Mazlina mejelaskan bahawa dia buka saja untuk semua orang datang makan tak kira status.

“Makanan yang disediakan untuk 400 orang dan mereka boleh datang ke rumah ni. Kalau ada yang datang masa lauk dah habis, kami akan goreng telur atau apa saja janji semua dapat makan tapi biasanya cukup saja untuk semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mazlina yang juga Pengarah Urusan Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, berkata rumah makan percuma itu beroperasi dari pukul12 tengah hari hingga 1.30 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

Walaupun tiada rungvtan dari penduduk di kawasan Simpang Empat, Kedah, susulan operasi premis seumpama itu, wanita ini tidak lupa akan peniaga-peniaga yang mencari rezeki di sekitar dengan meletakkan had makanan dan masa setiap hari.

“Antara menu saya dan pekerja lain masak adalah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air putih dan manis. Ayam tu saya tukar-tukar masakan seperti masak kurma, kari dan goreng. Ada juga hari yang saya masak Nasi Arab jamu orang makan.

“Disebabkan rumah ini dimiliki oleh Syarikat Ayam Bismi, ayam yang kami guna adalah halal.

“Ada pihak mahu beri sumbangan kepada kami, tapi saya tak nak buka tabung atau kutip dana. Saya cuma terima dalam bentuk barang saja seperti beras, tepung, sayur, buah dan barang-barang basah saja. Kalau ada yang rasa nak tumpang kenduri boleh hantar barang ke sini,” katanya lagi.

Setelah lebih setahun pembukaan, Mazlina turut menceritakan pengalamannya melihat situasi sed1h keluarga atau individu yang susah datang makan di situ.

Susulan itu juga dia akan terus memberi makan percuma kepada orang ramai terutama golongan yang memerlukan dan usaha ini diteruskan selagi ada permintaan.

Antara menu masakan menggunakan ayam oleh syarikat milik Mazlina.

“Banyak peristiwa yang berlaku sejak buka tempat ini beri kesan pada diri saya. Yang paling sed1h bagi saya bila ada keluarga terp4ksa keluar rumah sebab dah tak mampu bayar sewa. Semua barang ada dalam kereta masa mereka datang makan tu.

“Ada juga yang datang sebab isteri di rumah s4kit sebab kenc1ng manis dan kena buat r4watan di4lisis tak boleh memasak jadi datang makan di sini. Bagi mereka ini, saya beri satu kad khas. Jadi setiap kali datang makan dan tunjuk kad, saya bagi bungkuskan makanan untuk dibawa pulang.

“Saya tak mengharapkan balasan atau nak menunjuk-nunjuk. Saya cuma minta orang yang datang ke rumah ni untuk saling mendoakan satu sama lain. Sensitiviti tu kena ada kalau datang sini pun semua kena saling bertegur sapa dan senyum,” tambahnya.

Ayam yang digunakan disemb3lih oleh syarikat menjual ayam semb3lihan Bismi itu sendiri.

Jelas wanita ini lagi, perkongsiannya di TikTok mendapat banyak komen positif daripada warganet sehingga ada yang mendoakan kesejahteraannya.

Menurut Mazlina lagi, dia berharap perkongsiannya ini menjadi asbab untuk orang lain menjadikan ia sebagai contoh dan ikutan serta inspirasi kepada orang lain dalam melakukan usaha murni ini.

Komen netizen:

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini