Muazzin Tidak Bergaji, Sanggup Datang Surau Sejauh 3km Setiap Hari Semata-Mata Untuk Laungkan Azan 5 Waktu

Semoa orang yang hidup atas dunia ini akan menghadapi pelbagai uj1an. Ada di antara kita yang diuj1 dari segi kewangan, kes1hatan dan sebagainya tetapi sebagai manusia, kita perlu menerima segala ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan ini. Seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna FB iaitu T0k Anjang.

Menceritakan tentang kehidupan seorang pemuda ‘lembam’ yang dikenali dengan nama Adam sanggup datang sejauh 3km ke surau untuk melaungkan azan 5 waktu. Lebih mervntun hati apabila mengetahui Adam hanya berbuka puasa dengan air k0s0ng dan kurma sahaja sepanjang dia berada di surau.

Perjalanan 3km untuk melaungkan azan 5 waktu

Pemuda Gopeng datang 3km setiap hari untuk azan 5 waktu. Bulan Ramadhan bersamaan PKP ini ayah mertua T0k Anjang sak1t ten4t, sehinggalah Allah menjemput beliau, Haji Mokhtar 4 hari sebelum Hari Raya pada usia 85 tahun. Al-Fatihah.

Seorang yang ramah dan disenangi oleh semua. Selama sebulan itu bila ada kesempatan T0k dan isteri akan turun ke rumah mertua di Kg Tersusun K0pisan untuk ziarah dan berbuka puasa bersama Mak Mertua dan yang lain lain. Setiap kali berbuka kami akan berpandukan azan maghrib dari surau dihadapan rumah.

Azan nya biasa je, tak berapa sedap pun tapi suara azan tak sedap itu lah setiap maghrib, Isya’, Subuh, Zohor, Asar. Surau kampung Tersusun (k0nsilidetet) sejak beberapa tahun ini sunyi menyepi kerana kampung ini tiada lagi warga tua. Jamaah solat hari biasa hanya 4-5 orang. Majoriti lelaki dah meningg4l dan yang muda banyak berhijrah. Yang tinggal adalah makcik makcik janda.

Berbuka dengan kurma dan air k0s0ng

Dijadikan cerita, 2 malam sebelum raya kami keluarga yang berhampiran berkumpul untuk berbuka dan tahlil dirumah mertua. Sebelum masuk waktu berbuka T0k teringatkan Muazin yang saban hari berbakti mengumandangkan Azan Maghrib sekali gus isyarat berbuka kepada orang kampung.

T0k tanya kepada anak buah. “Adam tu hari hari azan maghrib tu makan apa masa berbuka sorang di surau tu?”

Dia dah le lembam, sl0w dan macam budak budak sikit.” Maka bertanya le anak buah kepada Adam tu. Erm…jawapan yang diterima dari Adam.

“Adam makan kurma dan air k0s0ng je.

Makan nasi lepas Isya, bila balik rumah.” ‘Allahuakbar! Betapa p3dihnya jawapan Adam tu. Rasa hati ini dis1at s1at. Kami ni rumah berhadapan surau hari hari makan sedap lauk berbagai sejak hari pertama Ramadhan. T0k merata Perak bagi 0rang makan. Ni depan rumah je!

Beliau menjadi Muazzin tanpa gaji

Selepas 28 hari puasa baru kami tau yang anak berjasa ini minum air k0s0ng dengan kurma. Kec0h kami satu rumah dan buat pertama kalinya Adam berbuka bersama kami. Banyak makannya dengan lauk penuh. Gembira, sed1h, kasihan sangat melihatnya. Terasa pulak ke j4m nya kami satu rumah. Moga Allah ampunkan kami.

Kemudian baru T0k Anjang tahu yang Adam ni berumur 24 tahun. Tinggal di Taman Kinta 3km jauhnya bersama ibunya. Se0rang pemuda yang lembam dan tidak bekerja. Sering bersendirian bersama motosikalnya kesana sini. Namun Allah memberikan kerja kepada beliau menjadi Muazzin tanpa gaji bagi Surau Kg Konsulidetet.

Setiap subuh dan waktu lain Adam akan datang dengan motornya ke surau dari Taman Kinta untuk Azan dan s0lat.

Hebat anak ni. Adam pandai baca Quran dan hafal Doa doa. Jom kita bagi gaji bulan kepadanya. Paling tidak pun duit minyak m0t0r untuk datang surau. Biar sikit tapi berterusan. Kita tumpang pahala anak ini.

Sumber:ikansebesarbuihzarah via majalah-harian.com