Sebenarnya Ada Hikmah Jika Kahwin Lewat, Antara Hikmahnya

Ada Hikmah Di Sebalik Perkahwinan Yang Lewat.
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Jodoh, kema-tian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah S.W.T. tentang perkara ini.

Diantara hikmah dirahsiakan ketiga perkara tersebut adalah agar kita sentiasa bersemangat mencari dan bersedia menghadapinya. Agar kita kerja kuat, semangat dan ikhlas dalam mencari rezeki kerana dengan kaya, banyak amalan kebaikan yang kita boleh dilakukan.

“Apabila seseorang itu kaya, dan tak boleh dilakukan jika keadaannya sebaliknya, seperti ibadat haji, zakat, sedekah dan kahwin (mahar).”

Kema-tian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tidak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kema-tiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat.

Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita telah ditetapkan, tapi ia tidak akan turun atau jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab yang musabab. Semua yang terjadi, cepat atau lambat di muka bumi ini adalah pencaturan kuasa Allah SWT. Semua pasti ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya suatu kejadian ataupun lambatnya ia berlaku.

“Banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya. Menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya.”

Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat.Bersegeralah mencari jodoh anda kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tidak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini