W4ngian Sem3rbak Mnerp4 segen4p Bucu Rum4hnya Sebelom Mend4pat Ber1ta Sed1h Pem3rgian Svaminya…

Subhanallah, satu kisah aneh yang telah dikongsikan beberapa tahun yang lalu apabila bau wangi secara tiba-tiba menerpa seluruh rumah sebelum mendapat berita suaminya meningg4l duni4. Seminggu sebelum kejadian arwah selalu bercerita hal-hal akhir4t.

ALLAHYARHAM Laskar Kanan Maslim Abdul Rahim, 35, merancang untuk berpencen awal di kampung halamannya di Kampung Sakong Kecil, Tanjung Kapoor, Semporna.

Isterinya, Nur Faezah Mohd Pagal, 35, berkata, sebagai persediaan awal arwah suaminya ada membina sebuah rumah namun masih dalam pembinaan sejak 2018.

“Arwah suami mengimpikan berpencen di kampung halaman untuk kami sekeluarga berkumpul,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Bugaya, Jalan Rancangan, Semporna.

Allahyarham Maslim bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas I Muhammad Arif Idris m4ut selepas kenderaan dinaiki terbabit kem4langan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu 12.55 tengah hari.

Seorang lagi rakan setugas iaitu Laskar Kelas II Vincent M Orel mengalami kec3deraan p4rah dan kini dirawat di H0spital Ranau.

NUR Faezah menunjukkan gambar mereka tiga beranak pada sambutan Aidilfitri lalu. FOTO Abdul Rahemang Taiming.
Nur Faezah berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi suaminya kira-kira jam 11 pagi yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun selepas selesai solat Zohor, saya terhidu bau wangi semerbak di seluruh bahagian dalam rumah, sesuatu yang tidak pernah saya alami sebelum ini.

“Tidak lama selepas itu lebih kurang sejam kemudian, saya dikejutkan dengan kehadiran anggota TLDM yang memaklumkan arwah suami terbabit dalam kem4langan dan meningg4l duni4 di tempat kejadian,” katanya dalam nada seb4k.

Bercerita lanjut, Nur Faezah berkata, seminggu sebelum kejadian, arwah suaminya lebih banyak bercakap mengenai kehidupan akhir4t selain banyak memberi nasihat mengenai ajaran agama termasuk mengutamakan pendidikan anak mereka Nur Qurratul Ain yang berumur 5 tahun.

“Sepanjang sepuluh tahun berkongsi hidup bersama arwah, dia sangat bertanggungjawab selain mempunyai sifat sabar dan penyayang serta sanggup memenuhi apa jua permintaan saya,” katanya.

Ibu Allahyarham, Intan Masawah Lamjanum, 62, berkata arwah yang juga anak keempat daripada sepuluh adik beradik itu adalah anak yang menurut kata dan menghormati orang tua.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga dan pem3rgiannya kehilangan besar kepada kami, namun semua yang berlaku adalah takdir dan ketentuan yang Maha Esa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di perkarangan rumah Allahyarham mendapati anggota TLDM dari KD Sri Semporna dilihat sedang sibuk menjalankan kerja memasang khemah termasuk menggali kub0r.

Difahamkan ia sebagai persediaan awal sebelum jen4zah yang dijangka akan diterbangkan khas dari Kota Kinabalu menggunakan helikopter jenis EC 725 pada lewat petang ini.

Sumber: Harian Metro

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini