Seorang Gadis Bermimpi Dirinya Dikebumikan Lalu Terus Berubah Sikap

Inilah Kisah Teladan Diberi Hidayah, Seorang Gadis Bermimpi Dirinya Dikebumikan Lalu Terus Berubah Sikap, Jadikan Iktibar Dan Pengajaran | Kau tahu, aku dah tak solat dekat beberapa bulan.

Jangan cakap bulanlah, tahun ini aku rasa aku tak ada solat langsung. Solat pun tak ikhlas. Bila aku tengok orang pergi club ambil drugs semua, aku jadi macam, “Wow! Bestnya get high”.

Lepas itu, aku perasan kehidupan aku semakin berubah. Apa yang aku nak, aku tak dapat. Aku selalu bergaduh dengan mak bapak. Orang yang aku sayang dah tak sayangkan aku.

Jadi, aku habiskan masa buat kerja bod0h melayan jantan, jadi perempuan bod0h tak ada agama sedangkan aku pakai tudung.

Tetapi dalam hati aku pernah terdetik, “Bila aku nak berubah? Sampai bila aku nak jadi seperti ini? Hmm.. syait4n banyak menghasut,”.

Jadi, aku dengar saja cakap syaitan buat kerja bod0h. Menangis sebab lelaki lebih daripada aku patut menangis atas sejadah, ambil benda-benda bod0h semua.

Lepas itu, semalam, aku tidur. Bangun saja dari tidur, aku tengok ramai orang mengerumuni aku. Jadi aku dah tahu yang aku telah meninggal dunia. Di saat itu merupakan saat-saat terakhir aku melihat semua orang.

Aku takut, menggigil, bulu roma meremang 360′. Dapat aku bayangkan semua d0sa-d0sa yang aku telah lakukan.

Ya Allah, masa itu aku takut sangat. Hanya Allah saja yang tahu sebab aku tahu aku mesti akan dicampak ke dalam neraka.

Semasa semua orang nak bawa aku ke kubvr, aku merayu-rayu berdoa pada Allah tolonglah berikan peluang kepada aku untuk hidup.

Aku belum mahu m4ti dalam keadaan d0sa Ya Allah. Aku takut dengan balasan yang diterima. Aku takut sangat.

Tetapi orang tetap mengusung jenaz4h aku ke kubvr. Sampai di tanah perkubur4n, aku dibaringkan dalam kubur. Masa itu rasa nak menjerit meroyan semua ada sebab di kiri kanan aku ada tembok. Aku takut tak terkata namun tetap berdoa.

“Ya Allah, bagilah aku peluang. Aku takut ya Allah. Aku takut dan tak nak masuk api neraka!”

Aku tersedar dari tidur, bersyukur dan sekarang aku tahu bahawa mimpi itu adalah hidayah dari Allah dan tiba masanya untuk aku berubah. MasyaAllah. Aku kena berubah.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat