Seorang Pelajar Di Puji Warganet Rajin Cari Duit..”Tak Sibuk Bercinta,Balik Sekolah Terus Buat Bisnes”

Ketika segelintir remaja seusianya sakan bercinta, tidak bagi seorang gadis ini yang mempunyai sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat sehingga berjaya.

Perkongsian rutin hariannya di aplikasi TikTok membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana perlu mengorbankan masa serta tenaga.

Gadis dikenali sebagai Jannatul itu memuat naik video memaparkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan produk kosmetik selepas tamat sesi persekolahan.

Umur bukan halangan untuk berjuang!

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, dia yang mesra dipanggil Jann mengakui mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi bertindak sebagai ‘leader’ bagi perniagaan tersebut.

“Rutin kehidupan seorang pelajar berbisnes, balik je terus masuk office. Memikul tanggungjawab besar, seorang leader dan juga budak SPM,” tulisnya.
Selain memberi bimbingan kepada pasukannya, Jann juga kadang-kala sempat menguruskan stok dan bungkusan pelanggan selain menjadi antara stokis terbaik dengan jualan mencecah RM1 juta.

“Hari-hari wajib bagi bimbingan dan perkongsian untuk pelanggan dan team. Bungkus pesanan untuk pos dan COD. Alhamdulillah, dinobatkan top 10 sales,” kongsinya lagi.
Rakaman berdurasi 23 saat itu menerima 1.8 juta tontonan serta hampir 2,000 komen positif netizen yang kagum dengan kesungguhan Jann dalam mencari pendapatan sampingan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berharap agar dia tidak leka atau mengabaikan pelajaran sekiranya terlalu fokus terhadap perniagaan.

Bercinta dengan bisnes!

Bangga dengan awak dik…

Terinspirasi.. belajar hingga tamat ya

Moga terus dimurahkan rezeki

Tahniah! Jangan lupa pasal ilmu juga

Letih memang letih! Tapi bak kata peribahasa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? Harap segala usahanya berbaloi daripada pelbagai aspek.

Sumber:Ohmm

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini