Tolong Jangan Jadi Suami Yang Hanya Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja, Dah Guna Humban Ke Lantai

Tadi semasa di Kuantan, se0rang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni us taz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.

Cuba abang tulis kebaikan is teri abang..

Saya tak tahulah us taz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sa kit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Is terikan. Saya tengah malam kadang sa kit. Is teri tol0ng urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sa kit kita..

Is teri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sa kit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi is teri sa kit, pening, migrain, sa kit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sa kit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sa kit demam. Kita suami demam. Is teri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Is teri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sa kit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka se0rang diri cuma luah dengan air mata se0rang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali ma ti untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak b0leh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka se0rang diri.
Begitulah mak kita. Begitulah is teri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita b0leh meng0rat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak b0leh meng0rat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah ke abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sek0lah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata is teri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Baik us taz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa us taz amat cintakan wanita.

Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah berbuat baik terhadap is teri.