Subhanallah..! Ini Lah Gamb4r2 Mak4m Nabi Ibrahim Yng Dided4hkn Pertama Kali Kepada Umum

Arab Saudi mengedarkan imej Makam Nabi Ibrahim yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini, sehari selepas mengeluarkan imej batu Hajarul Aswad.Gambar-gambar Makam Makam Nabi Ibrahim Didedahkan Pertama Kali Kepada Umum

Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, yang dipetik Saudi Gazette, menjelaskan gambar beresolusi tinggi makam di Masjidil Haram itu diambil menggunakan teknik baharu ‘stacked panoramic focus’, sama seperti gambar Hajarul Aswad.

Makam berkenaan turut merangkumi batu yang mengabadikan bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika berdiri untuk membina Kaabah apabila temboknya semakin tinggi. Batu berkenaan dilitupi emas, perak dan diletakkan dalam bingkai bercermin bagi memelihara jejak kaki Nabi Ibrahim.

Dalam siri ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter, Presidensi Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyertakan beberapa keping gambar yang menampilkan sisi tempat suci itu, yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Menurut penjelasan pada gambar, Makam Nabi Ibrahim itu adalah sebutir delima dari syurga, yang terletak di depan pintu Kaabah, iaitu antara 10 hingga 11 meter di timur Kaabah, menuju ke Safa dan Marwah.

Pr3siden menjelaskan bahawa tempat suci itu ialah batu arkeologi segi empat itu berukuran 40 sentimeter (sm) panjang, 20 sm tinggi dan 20 sm lebar, di mana Nabi Ibrahim berdiri ketika pembinaan dinding Kaabah semakin tinggi.

Warna batu itu ialah kekuningan dan putih kemerahan, dengan bekas tapak kaki berukuran 27 sm panjang dan 14 sm lebar terletak di tengah batu berkenaan. Berdasarkan kepercayaan Islam, Allah menurunkan Batu Hitam dan batu makam itu dari syurga kepada Naib Ibrahim serta Ismail, selepas mereka diarahkan untuk mengangkat tapak Kaabah.

Batu ditanda kesan dua bekas tapak kaki dan menurut sejarah, ia kekal berada di sisi Kaabah sebagai antara mercu tanda utama Makkah. Apabila Nabi Muhammad menawan kota Makkah, baginda dan teman-temannya mengambil keputusan untuk mengalihkan batu itu dari lokasi asal berdekatan Kaabah ke lokasi sekarang, sejauh lebih 10 meter.

Ia dilakukan bagi memudahkan urusan melakukan tawaf dan memberi ruang kepada orang ramai untuk solat di belakang batu suci itu, seperti terkandung dalam al-Quran. Berdasarkan sejarawan, p3mimpin pertama yang menutup batu suci itu ialah Khalifah Abbasiyah, Al-Mahdi dan Khalifah Al-Mutawakkil pula menutupnya dengan emas serta perak bagi mengangkat martabatnya.

Pada era Arab Saudi, khususnya pemerintahan Raja Faisal, kerja memperluaskan kawasan itu dilakukan dan beberapa struktur dikeluarkan bagi melancarkan urusan ibadat tawaf. Di sekeliling batu Makam Nabi Ibrahim itu dikemaskan dengan saduran emas dan ikatan bingkai perak serta dan dilindungi tirai besi.

Sumber: imuslimnetwork via mysumbermaya

Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri Menjadi Penawar Dan Penguat Kepada Rohani
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Bacalah Surah Al-Fatihah untuk Diri Sendiri Semoga Menjadi Penawar Dan Penguat Kepada Rohani Kita. Aamiin.

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…

1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :

” ALHAMDULILLAH “

4. Kemudian katakanlah :

Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.

Lalu baca surah” Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”
(HR. Al-Bukhari)

Aamiin ya Rabbal’alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat… Aamiin.

Kredit Ustaz Ebit Lew

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini