Subhanallah Inilah Status 0rang Yang Dah Berkahwin Tetapi Tidak S0lat

Status perkahwinan orang yang tidak solat
SOALAN:

Assalamualaikum ustaz

Bagaimana status perkahwinan orang yang tidak bersolat?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Ancaman yang begitu keras daripada Syariat berkenaan orang yang tidak melaksanakan solat fardu. Allah berfirman dalam Surah al-Muddaththir ayat 42-43:

مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ

Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.

Berkata Jabir RA, dia mendengar Nabi SAW bersabda:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: Sesungguhnya antara seorang lelaki, dan kesyirikan dan kekufuran itu ialah pada meninggalkan solat.

Hadis riwayat Muslim

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ كَفَرَ جِهَارًا

Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka dia telah kafir dengan nyata.

Hadis riwayat al-Tabarani. Berkata al-Haithami: Rijalnya tsiqah, kecuali Muhammad bin Abi Daud yang tidak diketahui latarbelakangnya.

Dalam Ihya` Ulum al-Din (1/147) karangan al-Ghazali, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الصلاة عماد الدين فمن تركها فقد هدم الدين

Maksudnya: Solat itu tiang agama, barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Berkata al-Iraqi: Hadis ini al-Bayhaqi meriwayatkannya dalam Syu`ab al-Iman dengan sanad yang daif.

Imam al-Dzahabi turut meletakkan dosa meninggalkan solat sebagai dosa terbesar selepas mengamalkan sihir, dalam al-Kabair (1/12).

Berkenaan dengan perkahwinan, hukumnya sah kerana jika seseorang itu meninggalkan solat kerana malah, dia dikira berdosa besar menurut mazhab al-Syafie tetapi tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam. Walau bagaimana pun, tiada jaminan orang yang meninggalkan solat boleh memimpin keluarganya berdasarkan keredaan Allah SWT.

Wallahua`lam.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini