Tanda-tanda Bahawa lsteri Anda Sudah Penat Mental Dan Em0si, Suami Kena Tahu..Jangan Biarkan Ini Terjadi..Jika Masih Perlukan Isteri Dalam Hidup Anda..

Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki byk disebabkan oleh kegunaan anggota badan utk melakukan sesuatu kerja…itu penat fizikal, penat yg boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yg sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…

Tapi penat org perempuan, byk disebabkan oleh mental dan emosi… Penat yg mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada didlm hati dan akal fikirannya yg berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan utk menjaga hati org lain especially pasangannya… Memendam perasaan inilah yg menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…

Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat m4rah atau meninggi suara utk kesalahan kecil yg dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak2 tertumpahkan minuman, anak2 terjatuhkan barang, anak2 tersilap buat keje sekolah, anak2 tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…

Isteri cepat hilang sabar…

Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak2, ketahuilah yg bukan kesalahan anak2 itu besar, tp dirinya dah penat mental dan emosi dlm melayani anak2…mgkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berp3rang seorang diri dgn anak2…kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…

Isteri hilang mood utk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih -emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…

Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk… Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama yg hari2 dihadapnya…

Cara Rumah Tangga Bahagia Ini Dapat Elak Pasangan Jadi Tawar Hati

Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita?

Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah

Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh.

1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU
cara rumah tangga bahagia – hormat

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain.

Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2. Buat pasangan rasa dihargai
Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.

Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.

3. Jangan simpan perasaan dalam hati
rumah tangga bahagia – pendam rasa

Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.

Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Lambat laun, “bom perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.

Berkomunikasilah secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika . Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Hati pun berasa lega, kan?

4. Jangan perkecilkan pasangan
Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak atau orang lain.

Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.

Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan isteri masing-masing.

Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.

5. Buat pasangan rasa disayangi dan dirindui selalu

Bagaimana caranya untuk membuatkan suami atau isteri kita rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas.

Masyarakat kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.

“Faham-faham sendiri sajalah.”

“Malu aih orang dengar. Kita ni dah tua”

Ini adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang.

Tunjukkan juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.

6. Banyakkan berdoa untuk pasangan
cara rumah tangga bahagia – luah rasa

Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan .

Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!

Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!

Amalkan cara rumah tangga bahagia dan nikmati perkahwinan yang harmoni
Semua sikap romantis ini pasti dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kini, tiada lagi sebab mengapa pasangan anda perlu mencari cinta lain di luar sana.

Sumber:LakarMedia

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini