Inilah T3ntera Terakhir Zaman Khilafah Usmaniyyah Yang Tawar Diri Mempert4hankan Masjidil Aqsa

Cerita “The Last Ott0man St4nd” mengisahkan bahawa K0peral Hasan Igdirli merupakan Tent3ra pada zaman Khilafah Usmaniyyah yang terakhir memp3rt4hankan Masjidil Aqsa, Falastin.

Cerita ini bermula bagaimana seorang tent3ra Kera jaan Usmaniyyah yang berpangkat K0peral yang nekad menolak untuk meningg4lkan tugasnya di bumi Al-Quds ketika diarahkan untuk kembali ke negaranya iaitu Turki. Beliau tersangat kom1ted menjalankan tugasnya dengan ikhlas hati sehingga beliau dijemput Allah ke hadrat-NYA pada tahun 1982.

Beliau pernah ditanya mengapa tidak mahu meningg4lkan tanggungjawabnya menjaga Masjidil Aqsa, beliau menjawab:

“Saya takut Rasulullah SAW akan sedih kalau tahu tidak ada lagi yang menjaga masjid ini, Kiblat pertama dan masjid suci ketiga umat Islam”.

Itulah beliau sang penjaga Masjidil Aqsa yang bernama K0peral Hasan Igdirli yang digelar the Last Ottoman Stand, t3ntera Usmaniyah terakhir yang meningg4lkan tugasnya menjaga Masjidil Aqsa pada tahun 1982 pada saat usia menjangkau 93 tahun, bukan kerana kembali ke negaranya Turki, tetapi kembali ke sang penciptanya, Allah Rabbul Jalil. Kisah ini dik0ngsikan sendiri oleh seorang wartawan dari Turki, Elhan Bardagi, yang pada ketika itu melawat al-Quds bersama para delegasi wartawan Turki pada tahun 1972 yang tanpa sengaja telah bertemu dengan Koperal Hasan selepas solat Jumaat.

Ketika itu, Bardagi sedang berjalan-jalan di sekitar Masjidil Aqsa dan berjalan menuju ke halaman atas yang disebut dengan halaman “12 ribu lilin”. Dinamakan halaman “12 ribu lilin” kerana ketika Sultan Selim l menaklukki al-Quds untuk pertama kali pada tahun 1516 menyalakan 12 ribu lilin di halaman itu, dan disanalah tent3ra Usmaniyah menunaikan solat Isyak yang diterangi oleh cahaya 12 ribu lilin.

Tidak jauh dari situ, Bardagi melihat seorang lelaki tua berjambang lebat berumur sekitar 80an sedang memakai pakaian tent3ra Usmaniyah yang sudah lusuh dan terdapat banyak bekas jahitan dipakaiannya. Melihat gelagat lelaki tua itu, Bardagi menanyakan kepada pemandu pelancong tentang lelaki itu, kata pemandu pelancong itu:

“Sejak aku kecil, aku sudah melihat lelaki tua itu berdiri disitu seperti patung menghadap ke masjid dari pagi sampai ke petang. Dia tidak pernah berbicara kepada siapa pun. Ramai menyangka dia seorang yang kurang siuman”.

Bardagi mendekati lelaki tua itu dan menyapanya dengan bahasa Turki, lelaki tua itu menjawab dalam bahasa Turki dengan loghat Anatolia yang masih sangat kuat. Bardagi terkejut, berbagai pertanyaan muncul di benaknya, apa benar dia orang Turki? apa yang dia lakukan disini? Akhirnya Bardagi memberanikan diri untuk bertanya kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu menceritakan, “Ketika negara kita kalah dalam p3rang pada tahun 1917, agar tidak terjadi penjarahan di kota al-Quds, pemerintah Usmaniyah meningg4lkan satu platun pasukan di al-Quds sampai s3rbuan pasukan sal1b British lakn4tullah ke kota al-Quds. Aku memohon kepada Komander untuk dimasukkan ke dalam platun tersebut dan menolak tawaran kembali ke Turki. Namaku Koperal Hasan Igdirli, dari Korps 20, Brigade 36, Batalion ke 8, Platun Infantri 11”

“Kami yang ketika itu berjumlah 53 orang memutuskan untuk menetap terus di al-Quds agar nanti saudara-saudara kita orang PaIestin tidak mengatakan bahawa Khilafah Usmaniyah telah meningg4lkan Falastin. Kami tidak ingin Sultan, para Nabi dan Nabi kita Muhammad sedih dan menangis”.

“Waktupun berlalu dengan cepat, para sahabatku pun telah meningg4l satu per satu, kami tidak ditawan oleh tent3ra mvsuh, tetapi kami dikalahkan oleh mavt dan takdir Ilahi”.

Kata Bardagi, Koperal Hasan meminta satu permintaan kepadaku dan memohon agar aku melaksanakan permintaan itu,

“ Anakku, kalau kamu kembali ke Turki, pergilah ke desa Sanjak Tukat, disana temui Kapten Musthafa, dialah yang mengarahku menjadi p3ngawal Masjidil Aqsa, dialah yang meletakkan amanah besar ini di bahuku. Ketika bertemu dengannya, ciumlah tangannya untukku, dan sampaikan padanya bahawa Kopral Hasan Igdirli, Komander platun ke-11 yang ditugaskan menjaga Masjid al-Aqsa masih menjalankan tugasnya sebagaimana yang anda perintahkan dulu, dan tidak pernah meningg4lkan posnya, dan Koperal Hasan memohon doa dari anda”.

Kata Bardagi, kerana dia tahu aku datang dari Istanbul, dia menanyakan “Apa kabar negara kita?”. Aku bingung mahu menjawab apa, aku tidak sanggup mengatakan bahawa negara Usmaniyah yang dibanggakannya itu telah dihancvrkan oleh British, Perancis, dan Armenia.

Aku katakan, “Negara kita baik-baik saja”.

“Kalau baik-baik saja kenapa mereka tidak datang kesini dan membebaskan al-Quds daripada para kaf1r itu?”, tanya Koperal Hasan dengan suara tegas.

“InsyaAllah suatu hari nanti mereka akan kembali kesini.…”

Aku pun minta undur diri kepada Koperal Hasan, aku cium tangannya dan aku peluk erat badannya yang sudah renta itu sambil menangis. “Sampaikan salamku kepada Istanbul”, kata Koperal Hasan.

Sebelum kembali, aku ceritakan kepada pemandu pelancong siapakah lelaki tua yang dianggap gila itu, dan aku berikan alamatku kepada pemandu pelancong itu dan memintanya agar memberitahuku khabar Koperal Hasan.

Dalam perjalanan kembali ke Istanbul aku masih sukar percaya masih ada seorang tent3ra Usmaniyah yang masih bertugas di al-Quds menjaga Masjidil Aqsa sejak tahun 1917!

Ketika sampai di Turki, aku pergi ke desa Sanjak Tukat di Anatolia, aku berjaya mendapatkan alamat Kapten Musthafa setelah menghubungi pelbagai pihak. Aku pun tiba di desa itu, tetapi sayangnya aku tidak dapat memenuhi janjiku kepada Koperal Hasan, kerana Kapten Musthafa telah meningg4l dunia belasan tahun yang lalu.

Pada tahun 1982, ketika aku bertugas di ibu pejabat Berita Turki, aku menerima sepucut surat dari al-Quds. Ternyata surat daripada pemandu pelancong yang 10 tahun lalu menemaniku, dalam surat itu tertulis, “Hari ini telah meningg4I dunia tent3ra terakhir penjaga Masjidil Aqsa”

“Falastin Tanah Wakaf Umat Islam”