Teknik Masak Nasi Daging Mudah & Sedap Guna Periuk Elektrik

Teknik Masak Nasi Daging Mudah & Sedap Guna Periuk Elektrik | Alhamdullillah Ramadan telah tiba, kalau sempat ke bazar boleh cari nasi daging ini tapi kalau tak jumpa boleh buat sendiri, senang sahaja! Pasti ramai ibu-ibu yang sudah kehabisan idea untuk masak buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi Nasi Daging Air Asam Kerisik perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging – boleh lebihkan. Basuh, rebus empuk & hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia – hiris
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu makan serbuk rempah Kurma
  • 1 sudu makan serbuk rempah sup – boleh ganti dengan 1 kiub pati lembu
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar – jika tiada, abaikan
  • 1 helai daun pandan ( simpul) – jika tiada, abaikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu makan garam
  • 5 ½ cawan air rebusan daging
  • 4 cawan beras basmathi – basuh, rendam 30 minit, toskan
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 senduk minyak sapi

BAHAN KISAR ( kisar dengan sedikit air):

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia – sebesar ibu jari

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk nasi. Jika tidak cukup, tambah air biasa.

2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

4. Tambahkan rempah kurma dan serbuk sup. Kacau lagi hingga betul-betul naik minyak.

5. Kemudian masukkan susu cair, daun pandan, gula dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih.

6. Masukkan beras. Kacau sebati selama 1 hingga 2 minit. Padamkan api.

7. Masukkan beras yang ditumis ke dalam periuk nasi berisi air rebusan daging.

8. Tambahkan daun ketumbar, tekan butang ‘cook’ dan masak nasi seperti biasa.

9. Apabila nasi sudah mendidih, letak daging di prmukaan nasi. Tutup periuk dan biar nasi hingga betul-betul masak.

10. Bila nasi masak dan butang naik ‘keep warm’, tekan sekali lagi butang ‘cook’.

11. Bila nasi dah masak elok, gemburkan nasi guna garpu supaya nasi tidak patah.

12. Hidangkan Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik.

AIR ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji cili merah – hiris nipis
  • 20-25 biji cili padi – hiris
  • 1 ½ biji bawang besar – hiris nipis
  • 2 biji tomato – hiris nipis
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 ketul belacan – sebesar ibu jari setiap satu
  • 1 biji limau nipis saiz besar– ambil jusnya
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMBUAT:

Satukan semua bahan dalam mangkuk besar. Gaul semua hingga sebati dan cukup rasa masam, masin, pedas dan lemak kerisiknya

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal