Tetap S0lat Walaupun Sudah Dijanjikan Syurga, Anak Istimewa Zarina Zainuddin Dipuji Netizen

Tetap S0lat Walaupun Sudah Dijanjikan Syurga, Anak Istimewa Zarina Zainuddin Raih Pujian Netizen

“Jangan kata solat dia tak sempurna sebab nampak aurat lah tak reti baca surah la buat-buat solat lah itu lah ini lahhh…darjatnya dah lama di angkat menjadi paling sempurna di mata Tuhan…kita ni yang pendosa”

Siapa sangka ‘anak syurga’ yang mungkin dipandang serba kekurangan sifatnya namun keteguhan untuk tetap mendirikan solat perlu dijadikan contoh teladan kepada kita yang menganut agama Islam.

Insan istimewa yang diberi nama timangannya Azal atau Muhammad Raizal Azrai merupakan anak kepada pelakon, Zarina Zainuddin yang mungkin sudah diketahui umum merupakan Orang Kelainan Upaya (0KU) yang menghidap Autlsme.

Memuat naik hantaran video Azal mendirikan solat di Reel Instagram, Zarina Zainuddin menerima pujian ramai kerana memberikan didikan agama yang baik buat anaknya itu.

“Aduiiii aku yang tengok ni pun dah macam potong bawang ye….ya allah kuatnya lahai ibu azal ni…semoga dapat tarik ibu ke syurga juga ye nak…tarik makcik sekali! makcik ni pun solat kadang cukup kadang tak cukup..gamaknya ini mungkin jentik hati dari Allah untuk saya jadikan pengajaran untuk tetap solat walau apa jua kekurangan”

Siapa tidak bergenang air mata, jika melihat salah seorang bakal anak syurga yang sudah dijanjikan tempat buatnya kelak.

Sebelum ini, sememangnya Zarina Zainuddin sering berkongsikan aktiviti harian mahupun perkongsian memori yang dilalui oleh dirinya dalam menjaga dan membesarkan dua anak kembar Aut1sme yang dimiliknya ini.

Menerusi perkongsiannya itu, terdapat pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi olehnya yang sempat terakam dalam memberi informasi dan kesedaran mengenai Aust1me kepada orang ramai dalam menjaga anak kelainan upaya.

Terdahulu, menerusi satu sumber laman portal Zarina Zainuddin pernah meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata kes4t yang dilontarkan kepada anak-anaknya selepas beliau membuat perkongsian video anaknya yang ketika itu berada dalam perilaku agresif.

Katanya, anak-anaknya itu tidak ‘g1la’ malah sedang ‘bertarung’ dengan perasaan amarah yang dialami dalam emosinya yang tidak sempat terungkap melalui kata-kata biasa.

Namun, segala apa jua kekurangan yang dimiliki oleh Azal dan abangnya Azil, kesempurnaan dalam berkasih sayang terhadap ibunya itu tetap terlihat indah di mata umum.

Wah! Bagusnya Azal ni ya, dah boleh jadi bakal imam para wanita lah.

Apa yang penting, tanggungjawab kita dalam menunaikan solat harus menjadi kewajiban apatah lagi pada kita yang cukup sifatnya ini.

Sumber : Hotfm