Tidak Pernah Dilakukan 0leh Nabi, Halau Kanak-Kanak Ke Saf Belakang..Ilmu Manfaat

Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang Tidak Pernah Dilakukan Oleh Nabi

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, Rasulullah SAW menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah SAW maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama.

Saf+Kanak-kanak

Ayahku berkata, Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyua.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiria

[HR. Nasaa no. 1141].

Pengajaran yang patut Ultra Konservatif Melayu Nusantaraa ambil dari hadis di atas:

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang

1. Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2. Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

3. Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4. Tiada istilah putus safa jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

Saf+Kanak-kanak [3]

5. Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6. Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7. Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.

8. Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

Saf+Kanak-kanak [4]

9. Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, bertanggungjawablah terhadap anak masing-masing.

10. Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berba haya kerana mudahkan penculikan berlaku.

Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu pencu likan berlaku sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang.

Sumber : kisahkini

Keajaib Air Rendaman Kurma Yang Terserlah

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya. Ini cara penyediaannya.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga! Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)

2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat Air Nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara Membuat Air Nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut..
3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Pantang larang dalam membuat air nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari.

Sumber:- KIAMBANG MERAH.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini