Kisah Se0rang Bayi 7 Bvlan TinggaI Sebatang Kara Di H0spital Ini Amat Menyedihkan

Bayi tinggal sebatang kara di hospital ] KUALA LUMPUR- Seorang bayi berusia tujuh bulan dipercayai ditinggalkan ibu bapanya sebatang kara di sebuah hospital yang dirahsiakan lokasinya.

Kisah bayi malang itu ditular dalam media sosial Facebook oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Bunga Larangan sebelum dipetik portal Oh Bulan! hari ini. Menurut laporan portal itu, bayi tersebut ditinggalkan sebatang kara kerana ibunya dikatakan tidak waras akibat bapa didakwa berkahwin baharu.

Paling menyedihkan, bayi malang itu dikatakan menangis sehingga tertidur kerana mencari ibunya. Malah, bayi itu juga dikatakan menghisap jari misi yang melayannya mungkin kerana rindu belaian ibunya. “Sampai ke malam tak habis fikir lagi, kenapa tegar betul si ayah buat anak comel itu terbiar tanpa ditemani sesiapa pun di hospital,” katanya.

Bagaimanapun, bayi itu mendapat penjagaan yang baik oleh pihak hospital berkenaan. “Mujur misi-misi semua baik, jaga baby ini bagai anak mereka sendiri, namun paling menyedihkan sekali tiada seorang pun datang melawatnya. “Di hati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang itu, paling membuat hati sebak adalah si ibu yang diuji dengan masalah mental kerana suami ada perempuan baharu.

Mungkin tertekan sejak dalam pantang lagi,” katanya. Situasi berlaku terhadap bayi tersebut mendapat perhatian ramai pihak sehingga ada yang mahu mengambilnya untuk dijadikan anak angkat. Walau bagaimanapun, menurut Bunga Larangan, bayi tersebut tidak boleh dijadikan anak angkat kerana masih hak kedua ibu bapanya.

“Untuk pengetahuan semua, bayi itu kini berada dalam jagaan pihak hospital serta pemantauan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Kemungkinan apabila ibunya sihat, bayi itu akan dikembalikan semula kepada ibunya.

Orang ramai tidak dibenarkan melawatnya kerana diletakkan di wad pengasingan hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk. “Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk bayi itu ya,” luahnya. –

Sumber: UTUSAN ONLINE | Facebook

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini