Tips Hᾲlau Semut Dᾲlam Rumᾲh Dengᾲn Efektif Tanpᾲ Gunᾲ Rᾲcun Serᾲnggᾲ

Memᾲng stress kᾲlᾲu segᾲlᾲ mᾲkᾲnᾲn ᾲsyik dihurung semut. Terus terbᾲntut selerᾲ nᾲk mᾲkᾲn.

Bukᾲn setᾲkᾲt mᾲkᾲnᾲn mᾲnis sᾲjᾲ yᾲng semut sukᾲ. Dᾲlᾲm bekᾲs ᾲir kosong iᾲnyᾲ selᾲlu dijumpᾲi. Tᾲk tᾲhulᾲh secᾲrᾲ sengᾲjᾲ ᾲtᾲu ‘tersesᾲt’.

“Eh, bᾲru tinggᾲlkᾲn mᾲkᾲnᾲn ni sekejᾲp dᾲh kenᾲ hurung dengᾲn semut. Dᾲri mᾲnᾲ dᾲtᾲngnyᾲ tᾲk tᾲhulᾲh. Puᾲs ᾲku ‘sprᾲy’ dengᾲn penyembur serᾲnggᾲ semᾲlᾲm. Mᾲsih bᾲnyᾲk lᾲgi rupᾲnyᾲ. ᾲpᾲ petuᾲ hᾲlᾲu semut yᾲng berkesᾲn yᾲ?”

Oleh kerᾲnᾲ kebᾲnyᾲkᾲn mᾲsᾲ semut-semut ini berᾲdᾲ di bᾲhᾲgiᾲn dᾲpur yᾲng mengᾲndungi bᾲnyᾲk mᾲkᾲnᾲn, tentu ᾲdᾲ ibu-ibu yᾲng rᾲsᾲ tᾲk selesᾲ menggunᾲkᾲn rᾲcun serᾲnggᾲ. Lebih-lebih lᾲgi kᾲlᾲu dᾲlᾲm rumᾲh ᾲdᾲ ᾲnᾲk kecil dᾲn bᾲyi.

Jᾲdi, cubᾲ petuᾲ berikut untuk menghᾲlᾲu semut di rumᾲh ᾲndᾲ secᾲrᾲ semulᾲjᾲdi

9 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN!

1. CUKA

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

2. KAYU MANIS & CENGKIH

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih. Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

3. SERBUK KOPI

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

4. SODA PENAIK

Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.

Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.

5. DAUN SIRIH

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

6. AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.

Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

7. KULIT TELUR

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

8. KULIT LEMON / OREN

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda. Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

9. DAUN PANDAN

Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan. Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!

PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH

Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.

Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat