Tokoh Muslim Di Jepun Dapat Perhatian Ramai

Hero Islam Di Jepun Dapat Perhatian Ramai | Pemergian seorang tokoh muslim warga Jepun yang telah memberi banyak sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di negara Jepun.

Semua orang akan pergi juga, tidak mengira waktu dan umur. Pemergian tokoh muslim Jepun iaitu Ustaz Abu Mahdy Akira Hamanaka bukan sahaja ‘ditangisi’ rakan-rakan pendakwah, malah seluruh kaum muslim Jepun turut berkongsi kesedihan masing-masing.

Mungkin di Malaysia tidak sepenuhnya mengenali beliau. Tetapi sepanjang hayatnya, beliau sangat mengemarkan Malaysia sehinggakan fasih berbahasa Melayu.

Untuk pengetahuan semua, beliau adalah orang pertama yang mendirikan masjid sendiri di Jepun yang dikenali sebagai Masjid Niihama, Jepun. Warga Jepun telah menggangapnya sebagai orang pertama muslim di Jepun.

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim di Hashimoto.

Diberi nama Mahdy akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Beliau juga amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi penduduk muslim disana.

Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya warga Jepun yang berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang dikenali sebagai masjid Niihama.

Secara peribadinya, beliau merupakan antara pendakwah yang terawal di Jepun. Memeluk Islam ketika berumur 19 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke sekolah pondok di Kuala Selangor. Beliau jugalah antara orang yang menghubungkan Jepun dengan malaysia dalam bidang sukan badminton.

Setelah tamat pendidikan asas Islam, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Beliau juga antara pendakwah yang terawal mengembangkan Islam di Jepun. Boleh dikatakan ramai warga Jepun yang memeluk Islam dibawahnya.

Kebanyakan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbangan daripadanya untuk memeluk Islam, membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.

Selain dari berdakwah, beliau juga mempunyai minat dalam sukan badminton dimana dia turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat