Tulisan Surah Al-Fatihah Masih Utuh Di Atas Batu Dengan Nama Penulisnya Di Bawah,Walaupun Sudah Berusia 1,312 Tahun

Sebuah perkongsian yang sungguh mengkagumkan iaitu tulisan surah Al Fatihah yang terukir di atas sebuah batu masih lagi utuh walau telah berumur 1312 tahun yang lalu dan yang paling mengejutkan, ianya masih lengkap dengan nama penulisnya.

Tulisan Al-Fatihah Atas Batu Masih Utuh Selepas 1,312 Tahun
Sebelum Al-Quran dikumpul dan dijilidkan dalam bentuk yang kita baca sekarang, surah-surah di dalamnya sebelum ini ditulis di atas batu, daun, kulit haiwan dan sebagainya, sebelum akhirnya disusun secara teratur.

Tulisan Al-Fatihah Atas Batu

Namun, seorang netizen telah berkongsikan sebuah video yang dimuat naik di TikTok yang mana seorang lelaki telah menemui surah Al Fatihah yang ditulis di atas batu.

Apa yang menarik, surah ini ditulis 1,312 tahun yang lalu.

Dalam video dibawah, anda boleh tonton sendiri lelaki itu membaca satu persatu ayat yang ditulis di atas batu tersebut dan tulisannya pula masih jelas di baca.

Di bawah surah Al Fatihah ini pula, lelaki tersebut ada membaca dalam bahasa arab nama penulis dan tahun surah ini ditulis.

Dibawah ini adalah terjemahannya:

“Ditulis oleh Yazid Ibn Abdullah pada bulan Rejab 130H. Moga Allah merahmati orang yang membaca surah ini dan menghancurkan orang yang mengubahnya.”

Wallahu a’lam.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Sumber:NewsHub

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama,Semoga Anda Semua Sentiasa Dimurahkan Rezeki Di Lindungi Allah..Aamiin..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini