Terengganu Tak Benarkan Jamuan Berbuka, Moreh Dan Bersahur Di Masjid, Sekali Ustaz Azhar Masuk Komen

Terengganu Tak Benarkan Jamuan Berbuka, Moreh Dan Bersahur Di Masjid, Sekali Ustaz Azhar Masuk Komen | Jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan yang dijangka Selasa ini.

Turut tidak dibenarkan adalah moreh dan juga jamuan makan sahur.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad memaklumkan, larangan majlis jamuan berbuka puasa, moreh dan makan sahur di semua masjid serta surau dilakukan.

Bagaimanapun, jelasnya, jemaah masih dibenarkan berbuka puasa, moreh serta makan sahur makanan berbungkus dan tidak membabitkan jumlah yang ramai.

“Garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedarkan kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri. Jawatankuasa masjid dan surau diminta menyediakan kurma serta air mineral bagi membolehkan jemaah yang datang awal untuk menunaikan solat magrib berjemaah berbuka puasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mat Azmi, menjadi kebiasaan bagi umat Islam di negeri ini mengadakan majlis berbuka puasa membabitkan penduduk kampung.

“Mereka kebiasaannya akan mengadakan gotong royong menyediakan masakan untuk berbuka puasa,” ujarnya.

Namun, program dan aktiviti itu dilarang diadakan di seluruh negara sejak Mac tahun lalu.

“Semua jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini diminta sentiasa mematuhi SOP ditetapkan,” tegasnya.

Menteri Besar Terengganu juga dilihat berkongsi artikal yang sama di facebook rasmi milik beliau

“Semua masjid dan surau di Terengganu tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadan ini. Terus patuhi SOP.”

Ustaz Azhar Komen

Dalam pada itu, pendakwah terkenal dari pantai timur Ustaz Azhar Idrus di lihat meninggalkan satu komen di status Menteri Besar Terenggany sehingga mendapat 12 ribu tanda suka dan mencatat 1554 maklum balas

“buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yg ada orang ramai..bkn di masjid saja tp hotel dan restoran dan dewan dll sbb koveet tak pilih tempat,” komen Ustaz Azhar.