(VIDEO) Cuak Cari Kereta Kat Mall, Terpaksa Minta Tolong ‘Guard’ Cari Sampai Jumpa

Cuak Cari Kereta Kat Mall, Terpaksa Minta Tolong ‘Guard’ Cari Sampai Jumpa | Rasanya masalah pelupa ini semua orang pernah alami. Perkara ni memang perlu diambil serius meskipun ianya merupakan sesuatu moment yang kelakar bila diiangat semula dan sebagai contoh perangai seorang pelupa yang paling dekat dengan kita adalah apabila terlupa tempat ‘parking’ kereta.

Satu video telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok dengan menggunakan nama @fitjojo92 yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan yang berada di pusat beli belah tersebut untuk mencari keretanya dengan menaiki kemudahan awam yang tersedia di situ.

Muka cemas lelaki itu jelas terpancar tetapi dalam masa yang sama membuatkan orang lain terhibur dengan gelagatnya sekaligus mengingatkan kembali moment sama yang pernah dialami oleh mereka.

‘Aku ingat aku sorang je’

‘Aku pernah kena’

‘Siap naik menatang tu’

‘Dah tangkap gambar pun masih tak jumpa’

Sumber: Tik tok