Video Pel4jar Muslim Di Kenya Tulis Al-Quran Atas K4yu , Demi N4k Menghafaz

Dalam dunia ini, tidak semua dikurniakan dengan nikmat kesenangan yang melimpah ruah, ada yang diuji dengan kesusahan.

Salah satu nikmat atau peluang yang mungkin kita tidak sedari adalah apabila boleh bersekolah dan belajar dalam keadaan yang baik.

Masih ramai kanak-kanak di dunia ini tidak mendapat akses pendidikan yang sebaiknya.

Pun begitu, ia tidak menghalang mereka untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan walaupun dalam keadaan yang serba kedaifan.

Sama seperti golongan kanak-kanak di sebuah sekolah agama di Kibusu, Kenya, yang gigih belajar dengan menulis ayat Al-quran di atas kayu.

Menerusi video yang dimuatnaik IlmFeed di Youtube, kanak-kanak itu dilihat sedang belajar di dalam kelas yang serba kekurangan.

Tiada meja dan kerusi, hanya bersimpuh di atas lantai, peralatan belajar mereka hanyalah dakwat dan kayu.

Sambil menulis, mereka akan menghafal dan membaca ayat Al-quran tersebut.

Setelah selesai digunakan pada hari itu, kayu tersebut akan dicuci dan digunakan pada esok hari pula.

Dalam tempoh itu, kanak-kanak tersebut perlu mengingati ayat Al-quran yang telah ditulis oleh mereka.

Shaykh Sulaiman Moola yang melawat kanak-kanak itu kagum dengan semangat mereka yang mencintai dan memartabatkan Al-quran walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

Moga kita juga sentiasa berlapang dada dan mencintai Al-quran dengan sepenuh hati walau dalam apa keadaan sekalipun.

Jom saksikan video di bawah ini untuk ‘menelusuri’ kegigihan kanak-kanak di Kenya ini.

Sumber: CoretanNasihatPress

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini