Walau Dalam Keadaan Apa Skalipun, Jangan Lupa Jaga Hubungan Dengan Allah, 10 Fadilat Membaca Al-Quran

Tidak Lupa Menjaga Hubungan Dengan Allah SWT,Kisah Pemilik Bengkel Mengaji Sambil Menunggu Pelanggan.Semoga Rezekinya Melimpah Ruah.Jadikan Teladan Untuk Kita.

P3milik Bengkel Ini Memaca Al-Quran Sambil Menunggu Pelanggan Datang, Lelaki Ini Kagum

Walau dalam kesibukan bekerja, pasti akan ada waktu-waktu ’emas’ untuk seseorang insan membaca al-Quran.

Sebagai seorang Muslim di muka bumi ini tak salah jika kita gunakan waktu terluang untuk mencari keredhaanNya.

Walauupn naskah Al-Quran tersebut kelihatan usang, tetapi tidak mematahkan semangat seorang pemilik bengkel kereta ini untuk membacanya setiap kali menunggu pelanggan datang.

Kisah yang penuh inspirasi ini dikongsi oleh Nik Amriza Saliqin menerusi laman Facebooknya. Ikuti kisah pakcik ini yang penuh dengan teladan dan inspirasi. Moga kita semua akan mendapat mempraktikkan dalam kehidupan harian.

Al kisah pergi workshop nak service proton saga kesayangan, berpuluh orang dah foreman melayu yang saya berurusan dan bermacam jenis ragam..

Tetapi kali ni Allah temukan saya dengan insan yang agak “RARE” di zaman 2020 ni..

Seorang tokey workshop mengisi masa lapang sambil menunggu customer masuk ,sempat dia baca Al-Quran walaupun tangan agak sedikit k0tor..

Allah mengajar melalui Af’al(perbuatannya).. Kita lihat,belajar muhasabah diri kita,sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta..

Ya Allah murahkanlah rezeki pakcik ini.. Berkat kaya dan berjaya dunia akhirat serta jauh az4b ap! n3raka.. Maaf pakcik saya posting gambar, untuk beri semangat kepada diri saya dan sahabat semua..

Akhir Kata Semogo Insan Sepertinya Tidak Hilang Ditelan Zaman.

10 Fadhilat Membaca Al-Quran

1. Al-Quran sebagai Syafaat di akhirat kelak

Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” Hadis Riwayat Muslim

2. Al-Quran sebagai Pembela

Nawwas Bin Sam’an r.a telah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah A-li’Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.” Hadis Riwayat Muslim

3. Orang yang belajar Dan mengajar Al-Quran Adalah sebaik-baik Amalan

Uthman Bin ‘Affan r.a telah berkata Rasulullah s.a.w bersabda, “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” Hadis Riwayat Bukhari

4. Dua pahala Bagi orang yang susah Menyebut dan Membaca Al-Quran

Aisyah r.a telah berkata Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.” Hadis Riwayat Bukhari

5. Allah mengangkat Martabat Golongan pembaca Al-Quran

Umar Bin Al-Khattab r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran.” Hadis Riwayat Muslim

6. Membaca Al-Quran Mendapat ketenangan

Barra’ bin ‘Azib r.a telah meriwayatkan bahawa, seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda, “Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran.” Hadis Riwayat Bukhari

7. Membaca dan Memperelokkan bacaan Mendapat kebaikan

Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran, ‘Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan’.” Hadis Riwayat Abu Daud

8. Fasih membaca Al-Quran Lebih layak menjadi Imam solat berjemaah

Ibnu Mas’ud r.a bahawa s.a.w bersabda, “Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam solat ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran.” Hadis Riwayat Muslim

9. Setiap satu huruf Membaca Al-Quran Mendapat sepuluh Ganjaran pahala

Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Hadis Riwayat Tirmizi

10. Memperelokkan suara Dengan Al-Quran

Al-Bara’ bin ‘Aazib r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian.” Hadis Riwayat Ibnu Majah

Kredit: @islamitu_indah & Kongsi Info

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

GoodNews menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini