Guru Agama Bersyukur,Walaupun Dibayar Gaji Rm41 Untuk Satu Bulan..Demi Mendidik An4k Muridnya

Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tercintanya membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi? Tidak kiralah apa kerja sekalipun, semuanya memerlukan kesungguhan dan pengorbanan sang suami.

Apatah lagi jika pendapatannya tidak semewah mana, namun masih cukup untuk buat sekeluarga kenyang seadanya. Begitulah yang dirasai oleh seorang isteri dari Indonesia ini.

Wanita tersebut, Dini menceritakan bahawa suaminya, Nasrullah merupakan seorang guru agama yang mengajar Bahasa Arab di beberapa buah madrasah di sekitar Asahan, Sumatera Utara.

Pada bulan pertama, Nasrullah difahamkan tidak memberitahu kepadanya tentang berapakah gaji yang diperolehi. Namun segalanya terbongkar apabila memasuki bulan kedua mengajar.

Pada satu hari, Nasrullah memberikannya sebuah sampul berisi gaji yang diterima. Setelah dikira, maka jumlah kesemuanya hanyalah IDR 144,000 atau RM41 sahaja untuk sebulan. Manakala bayaran per jam pula adalah kira-kira RM1.70 saja.

Asalnya Dini agak terkejut dengan kadar gaji itu. Namun jelasnya, dia tidak kisah dengan perkara itu malah turut lebih bersyukur kerana itu rezeki yang sudah tercatat untuk mereka.

“Saya ikhlas, kalau tak dibayar juga tak jadi masalah,”
Sementara itu Nasrullah menjelaskan, dia sebenarnya tidak kisah pun tentang kadar gaji yang rendah itu kerana apa yang tersemat dalam hatinya adalah mencurahkan ilmu kepada anak murid.

“Saya mengajar di beberapa buah madrasah dan semuanya gaji sebegitu (RM1.70 sejam). Namun saya kira bukan daripada nilainya, tapi untuk kecerdasan anak-anak.

“Saya mengajar ikhlas. Kalau tidak dibayar juga tidak masalah,” katanya yang juga merupakan seorang guru lulusan bidang agama, memetik laporan Tribun News.

Bagaimanapun di sebalik gaji yang kecil ini, Nasrullah sebenarnya mempunyai sebuah madrasah tahfiz iaitu Rumah Tahfiz Mahmudiyah yang dibangunkan sendiri atas permintaan ibu bapanya yang telah pencen.

Selain beroperasi menggunakan dana pencen, madrasah tahfiz itu kini telah mengumpulkan seramai 12 orang pelajar dan ‘subjek’ utama mereka di sana adalah menghafal Al-Quran dan kitab hadis.

Sumber:SiakapKeli

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini