Walaupun Hilang Penglihatan ,Dia Tetap Setia Ke Masjid Laungkan Azan “Pak Mad Azan Suara Merdu”

Ada sesetengah orang yang diuji dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menjalani kehidupan ini dengan semangat yang positif.

Baru-baru ini tular dalam kalangan warganet di Indonesia mengenai seorang muazin bernama Pak Mad dari Banyuwangi kerana semangat yang ada pada dirinya yang sentiasa pergi ke masjid walaupun mempunyai masalah cacat penglihatan.

Menurut Liputan6, tidak diketahui sejak bila warga emas itu telah menjadi muazin di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipait, Tegaldlimo, Banyuwangi tetapi dia kini sering dilihat di masjid itu.

Tidak cuma itu, suaranya yang merdu serta semangatnya yang mengatasi batasan fizikal juga menjadi perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Pak Mad dilihat sedang melaungkan azan di masjid dengan tangannya berpaut pada dindin

Nama dia Encik Mad. Muazzin di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipait, Tegaldlimo, Banyuwangi. Suaranya, mashaallah, merdu.

Lebih luar biasa, sejak 5 tahun lalu, dia kehilangan penglihatan. Tetapi, itu tidak menghalangnya untuk pergi ke masjid.

Kita yang muda & sihat ni jadi malu

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 100.6 ribu tontonan di Twitter.

Sumber:CoretanNasihatPress

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini