Bυkan Pemalas, Perempυan Sebenarnya Perlυ Lebih Tidυr Berbanding Lelaki

Siapa yang perlu lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? Jawapannya ialah wanita. Tapi sebab apa?

Perasan tak bila setiap kali hujung minggu tiba, para ibu atau isteri akan liat sedikit untuk bangun pagi jika dibandingkan daripada hari-hari yang lain? Hakikatnya, kebanyakkan mereka tidak mempunyai tempoh rehat yang cukup kerana terlampau sibuk menguruskan hal rumah tangga selain tugasan di tempat kerja. Waktu itu sahajalah yang membolehkan mereka berehat lama selepas seminggu melakukan bermacam kerja.

Mungkin ada sesetengah lelaki di luar sana tidak faham mengapa perkara ini berlaku, sehingga ada yang menganggap wanita sebagai pemalas. Namun faktanya, golongan wanita perlu tidur sekurang-kurang 20 minit lebih lama daripada lelaki kerana otak mereka lebih sibuk dan selalu multi-tasking.

Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.

Menurut Profesor Jim Horne, pengarah Sleep Research Center dari Loughborough University, wanita perlu lebih banyak masa untuk berehat kerana daya fikiran mereka lebih kompleks daripada lelaki.

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap m4rah.

Dalam pada itu, profesor psikiatri dari Duke Medical Center, Edward Suarez pula memaklumkan tempoh tidur tidak cukup adalah tidak bagus untuk wanita. Mereka akan berpotensi untuk mengalami masalah psikologi dan masalah kesihatan yang sangat serius.

Namun, keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami s4kit fizikal ketika bangun tidur.

Tambahnya lagi, wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

So, untuk para suami, kalau si isteri tu tidur tak ingat dunia janganlah m4rah. Kena la faham situasi mereka juga.